Dividen Amanah Hartanah Bumiputera (AHB)




Pada 04/10/2016, pihak Pelaburan Hartanah Berhad (PHB) dan Maybank Asset Management (MAM) telah mengumumkan pengagihan dividen kedua Amanah Hartanah Bumiputera (AHB) sebanyak 3.20 sen/unit bagi tempoh 6 bulan berakhir pada 30 September 2016.

Pengagihan dividen pertama telah diumumkan pada April 2016 lalu iaitu sebanyak 3.30 sen/unit bagi tempoh 6 bulan berakhir 31 Mac 2016, menjadikan jumlah keseluruhan pengagihan dividen bagi tahun 2016 adalah 6.50 sen/unit.

Pengagihan dividen AHB adalah dikecualikan cukai dan telah dibayar zakat.

Bayaran akan dikreditkan ke akaun bank pemegang unit pada 13 Oktober 2016.

Bagi pelaburan melalui skim pelaburan KWSP, bayaran akan dikreditkan ke dalam Akaun 1 pelabur.
Sejarah pengagihan dividen AHB:

2016 = 6.50%
2015 = 6.60%
2014 = 6.60%
2013 = 6.50%
2012 = 6.50%
2011 = 5.42%

Walaupun berdepan situasi ekonomi tidak menentu, AHB masih mampu memberikan pulangan yang menarik.

Berminat nak melabur dalam AHB?

Boleh mula dengan modal serendah RM 100 sahaja.


Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

AHB vs ASB ? Mana lagi masyukkk..

Apa itu Amanah Hartanah Bumiputera - AHB ?